every story have a message

sometimes si boy pernah terfikir bile mereka besar nanti, sudah kenal dunia sebenarnye. adakah si boy dan si girl akan bersama seperti dulu2 walaupun mereka jauh.

si boy always think mungkinkah mereka akan kenal? bertemu? remember each other? like before.
but during the life him, he never thought to drop the relationship with si girl.

means there as long to know each other. to hard drop our momment. if si boy tahu ap yang akan terjadi maybe si boy never do the mistake. but all have happened. if si girl give the changes again maybe si boy akan mengubahnye dengan perbaiki segala yg terjadi.

si boy bukan la baik sgt. si boy always also do the mistake. cause si boy punye mistake bende tu terus effect dekat si girl. si boy tak mungkin akan lupe segala kenangan and hope the relationship will remain.

mungkin sekecil semut pun mampu memberi kesakitan apatah lagi kalau besar kesalahan itu. maybe si boy faham cause si boy always feel wat si girl rase.

maybe like this way si boy dapat memberi ruang kpd si girl, maybe si boy akan mengundur diri, tapi si boy tidak pernah lupe wut momment dgn si girl. cause si girl pernah hadir dan memberi sedikit kehidupan kepada si boy. this is life, wut we love that will go.. 

thanks awuckss.. :') 

Melalui Kehidupan Dunia

Terasa Tersentap Terkelu memikirkan kehidupan,
Mengenang setiap perlakuan seharian tanpa kite sedari,
Terlalu banyak kata kata tersirat yang disimpan,
Ibarat mengejar dan mencapai kejayaan bertemankan duri.


Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.


Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."
Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?

Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

Kisah Semasa Praktikal

"Bulan disember sampai april telah banyak mengukir kenangan,
Tanpe sedar byk rintangan dan pengalaman yg banyak aku pelajari.
Mungkin ramai yang nak tahu or da tahu praktikal punye penangan,
Sakit, suka, duka, bosan, seronok, dpt kawan baru mmg takkan lari."


This is where I go for industrial training for five months. Wut i think?
first skali aku igt praktikal ni mcm pegi kelas. learn like in class but i was wrong.
wut i get? praktikal ini mcm bekerja tapi belajar..

First day or month mmg bosan biaselah budak praktikal, staff n sv pun xtahu
nk bg kje ape, aku pun buat la kje sendiri, nk main game tp takut pula, respect..
tapi lame2 kje semakin bertambah smpai korang rase nak muntah pun ade.. huhu.
tapi xpe tu semua adelah pengalaman yg kite bole gune nnt.


This is a staff in my unit. there are so friendly (sometimes) biasela orang byk keje..
sv? sv aku yg belah paling kanan kecik2 tu.. die tu tegas disiplin nmpak garang tapi 
die okee jaa.. just kite kene byk sikit bergaul dgn die..


sometimes juga bole katekan tiap2 bulan ade orang belanje aku mkn besar,
tulah istimewa jadi budak praktikal. hahaha..untung.. (bile lg)


Rase boring juga bile praktikal sorang2 selama 2 bulan tanpe partner. tapiii
masuk je bulan ketiga-2 hadirlah batch kedua praktikal, tapi yg ni sume degree.
dgn adenye mereka ni, suasane praktikal xde la bosan sgt. ade la juga mmbe buat lepak.

Sampai je hujung2 bulan da nk habis praktikal rase seronok sgt tapi sedih coz lps ni da
xjumpe dorang2 ni coz dorang sume habis lambat.. wut u get?

Ape yg aku dpt sepanjang praktikal ni adelah learning, skill, pengalaman,
friendship dan yg paling penting ELAUN huhuhuu..

smpai sini je la.. ape yg aku tahu selagi kite boleh belajar kite belajar sebab
coz maybe what we do for this is to ensure our future :)

Kisah Benar

Ramai yg suda lupa dgn kejadian ini. wajib bace.

AMARAN !!!
- disyorkan membace bersame kawan jika penakut
- buang air dahulu takut terkencing2 ..
- jangan membace dalam gelap
- mulakan dengan bismillah

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.Hanya boleh
disebarkan pd org2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat 1 bilik dipanggil "Bilik Terakhir".
Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.


Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah krn dulu ia merupakan bilik kediaman
terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung
sampai mati pada Keesokan harinya dibilik gantung.


Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis,
menjerit, bercakap seorg diri & berbagai lagi perlakuan kerana menyesali
Kesalahan mereka yg lalu. Mereka menjadi begitu krn dikatakan tidak kuat
semangat menghadapi maut keesokan harinya yg telah diketahui mereka.


Menurut kata warden2 yg masih ada di Penjara Pudu bila proses pengosongan
Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta
tolong, suara org menangis & bermacam2 lagi dari Bilik Terakhir tersebut.


Tak kurang juga ada diantara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering
masuk Menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula
kelihatan Kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yg dipanggil bagi
memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yg sering kedengaran
diwaktu mlm dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yg mati
ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

 

Nak dijadikan cerita pd suatu mlm Jumaat ketika hujan renyai2 seorg warden
telah ditugaskan mengawal kawasan yg berhampiran dgn "Bilik Terakhir" itu.
ketika sdg berkawal kira2 lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar
seperti tapak kaki sdg berlari2 berhampiran bilik tersebut. Ia cuba
beranikan diri utk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati
maka terlihatlah dlm kesamaran seekor kambing hitam sdg menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh krn ingin tahu ia beranikan juga diri
menghampiri Bilik Terakhir itu.


  
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi
pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan
namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yg samar2 itu sambil
meninjau2 didlmnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedlm
gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun
dlmnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yg mengerikan seraya berkata,"Heyyyyyy manusiaaa.
Jangan kamu sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "

Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa"
Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa... "
hehehe.. xD

Pengalaman Mengajar Kita Menjadi Dewasa

Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit..
bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian..

Pepatah yg selalu disebutkan orang mmg betol
hidup di zaman ni mmg payah kalau takde arah tujuan..
coz wa da rase semuanya..

tengok orang lain mampu ade barang mahal2, wa dari kecik suda diajar kesusahan
coz wa bukan dari family brotha2..mungkin kite senang minta duit dari parent
kite tp kite tak sedar susah senang parent kite nak dptkan rezeki utk family.

wa mule dari bawah start umur 15 thn wa partime berniaga menjual burger, car wash,
pomen. biar org anggap kite tak berpelajaran tapi wa tak kisah janji ikhlas. dengan
bergajikan 15 - 25 ringgit sehari wa mampu membeli barang2 yg wa idamkan..

masuk umur 16 thn wa partime hotel, katering (banquet) dgn bergajikan 45 - 70 ringgit
sehari,wa mampu meringankan sedikit beban keluarga. bile kite bekerja di tempat2
mcm ni masyarat mule berbicara itu ini kerana mereka tidak merase ape itu kesusahan.
tapi istilah partime inilah yg mmpu membuatkan wa belajar berdikari.



walaupun dengan partime, result wa tidak terjejas, alhamdullilah sampai sekarang
wa mampu sambung belajar peringkat diploma. biarlah orang anggap kite ni tak
mundur, mula dari bawah tapi mungkin pengalaman kite ni la orang2 besar takde.

mungkin kadang2 kite fikir kite ni susah tapi mungkin kite tak tahu ade orang lagi
susah dari kite, so be yourself, do wut u want n ignore wut everyone say it to u..
mungkin kite takde ape yg mereka ade, tapi mereka juga takde ape yang kite ade..
EXPERIENCE

'banyak lagi kerja cume kite je yg usaha dgn tak jaa'

Siapa sangka hari semakin berlalu..


Selalu hadir dalam kehidupan kita
Baik senang atau susah
Tak perlu berkata ia pasti akan mendengar
Semua cerita akan tercampur dengan pelbagai kisahnya
Menegur ketika kita salah langkah
Menyokong ketika kita membuat satu keputusan
Bertanggungjawab dalam apa jua situasi
Meniupkan hawa kedamaian ketika kita tergelam dalam emosi
Dan…
always like that hingga takdir yg memisahkan


                                                                     -Budak-II KKSB
in My Memories-
First kenaL dorang mcm x ngam je, Last-II dorang lha yg paling Happining n kiteorang ibarat one family.
Dalam Pic ni sume budak2 ELEKTRIK.. ada ramai lg budak-II lain tp dorang sume blik,  coz cuti SEM.. Paling Best skali, aku lha budak paling muda ( 18 tahun ) semua dah tua ahahaha ! tp dorang anggap aq mcm adik dorang dha.. :’)
Tp x lame, aq smpai bulan 4 saje coz aq dpt tawaran masuk POLITEKNIK. Pape Korank lha is The best in my Life.
miss them

After semester break story..

A friend is someone who can see the truth and pain in you even when you are fooling everyone else.




In Break semester we still hang out again . Although we’re so far but we still meet again.
Today we plan nak mandi dekat #SgGabai. owesome giler tempat ni. crazy cool water . its normal waterfall . but we’re have fun. no gurl juz boy. kang kalau ade gurl cite lain da.. huhuhu #thinkPositive

Sahabat selamanya

Kawan yang ada disamping kita ketika senang memang senang dicari,
tapi kawan yang ada disamping kita ketika susah memang susah nk cari,
tapi wa percaye mmbe2 wa semua friendly n steady :')





Kawan, bila korang rasa nak menangis.. rojer2 lah aku.. tapi bukan aku nak suruh korang berhenti menangis... tapi maybe aku boleh menangis dengan korang... 
Kawan, jika tiba2 korang rase nak melarikan diri jauh dari masalah, hubungilah aku... aku takkan suruh korang berhenti lari tapi maybe aku akan berlari bersama korang agar masalah korang 
boleh selesai.
Kawan, jika tiba2 korang ditinggalkan kekasih korang.. beritahu jaa aku, aku tidak akan sounds bekas2 kekasih korang.. tapi aku akan cuba buat korang cinta diri sendiri.
Kawan, jika korang sentap dgn family problem.. beritahulah aku.. aku takkan buat korang benci dgn parent korang tapi terimalah segala ketentuan Allah dan belajar untuk cintai mereka ketika mereka masih ada.. 
Kawan jika korang kecewa dengan perkahwinan korang suatu hari nanti... story jaa kt aku..aku takkan sebut nama pengantin itu tapi cubalah jadi manusia yang lebih soleh/solehah...




Tapi tapi tapi Kawan... jika suatu hari aku berdiam diri ,aku tidak membalas khabar korang, aku tidak angkat panggilan korang, hubungilah aku segera..
sebab waktu itu..aku mungkin perlukan korang atau aku sudah tiada lagi didunia ini :'(

So andai kata aku da takde korang doakan kebahagiaan aku di dunia dan akhirat kerana mungkin doa korang jaa yg mampu menemani aku dialam yg berbeza itu..
Apapun segalanya ketentuan Illahi buat kita yg bernama manusia. so carilah manisnya mahabah fillah yg Allah dah utuskan dlm persahabatan yg seketika ini.. sayang fillah buat kawan2 aku tak kira dimana anda berada.. huhuhu.. #wereFamily :)

Kisah abang yang baik..

Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampung.. Satu pun x berbalas..

2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam ni..




“Khas buat abangku,




Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5.. ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tbe2 byk air keluar.. Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “


Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. ko x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik Rm2 dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..


Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlukan izinmu sebagai wali aku..


Abg,

Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

------------------------------------------------------------------ 

Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..
Tibe2 ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan saat itu aku terpandang satu surat yang cantik sangat… Dan aku buka…

“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..



Maafkan abg kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupun kau dah campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yg memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu..

Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,
Siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,
Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya??  Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan, selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..

Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun duka, TERIMA KASIH.



Adikku sayang..

Sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”


Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan semulia mu duhai abangku..