Aku ada abg..
Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampung.. Satu
pun x berbalas..
2 Tahun lepas..
Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang
perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku
balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih
rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang
lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam ni..
“Khas
buat abangku,
Abg, ko ingat
lagi x..
Mak ngan ayah
meninggal mase aku Darjah 5.. ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang
eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah
kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada
satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tbe2 byk air keluar.. Tapi ko cepat2 lap
lantai umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu.. Sebelum pegi,
diorang cium kita berdua. Diorang cakap
“ Abg, ko jaga
adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat
sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “
Ko ingat x..
Sebelum diorang
pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna
biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah
kite, sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. ko x penah ucap bufday kat
aku lagi.. Sampai sekarang..
Abg, ko ingat
x..
Kita hidup 2
orang je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam
malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko,
tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap
terima kasih kat aku.
Abg, ko ingat
x..
Pernah sekali
aku mintak duit nak pegi sekolah, tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik Rm2
dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku
darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah
elok..
Abg, ko ingat
x..
Semasa umur aku
18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko ada
hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan
bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??
Sekarang umur
aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun
disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada
engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlukan izinmu
sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat
surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,
Adik.”
------------------------------------------------------------------
Aku mula terasa
teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah.. Nak balik jarang sangat..
Masa aku buka
balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..
Tibe2 ada satu
kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..
Dan saat itu aku
terpandang satu surat yang cantik sangat… Dan aku buka…
“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku
yang jauh di mata ..
Maafkan abg
kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak
berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau
pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah
hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang
ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih
berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..
Adikku sayang..
Aku tau kau tak
suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan
ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupun kau dah
campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku
letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Jangan lah kau
bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pun
sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak
sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau
kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan..
Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli
buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..
Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yg memuji..
Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu..
Aku tidak pulang
siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan
seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
Siapa cakap yg
aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..
Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..
Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu
tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku sayang,
Aku malu untuk
ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan
makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya??
Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana
terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku
kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran
adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk
memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan, selepas
kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati
kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..
Dan tahukah kau
aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?
Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu
turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan
dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau
bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku
kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana
aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di
tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku
terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku
menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang
yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu
batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat
di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..
Sayangku..
Aku titipkan
surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari
nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku
belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak
dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau
membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada
beberapa perkara yang ingin aku katakan..
Untuk menyapu
rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada
kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA
KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja,
TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka,
TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas,
TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH. Untuk
segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun duka, TERIMA KASIH.
Adikku sayang..
Sekiranya engkau
disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin
sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah
suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang
sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka
itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka
satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya
di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung
sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan semulia
mu duhai abangku..



No comments :
Post a Comment